Saturday, October 16, 2010

Cinta tak semestinya memiliki :)



Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....


Friday, October 15, 2010

Akan ku Jumpa - Nadia Aqilah Bajuri


Salam...
Lagu ni saya baru dengar tadi masa layan cite Anak-Anak Lorong kat Astro Prima..
Sedih sangat cite die (nsib baik x mengalir airmata je td..huhu)
Kisah tentang anak-anak kepada seorang pelacur yang hidup terbiar di sebuah lorong di ibu kota...
DI akhir cerita,kerana taubatnya pada Allah di saat-saat akhir, seorang pelacur mengakhiri nafasnya dengan kalimah suci "Lailahailallah"
Subhannallah....hanya dangan izin Allah...Yang Maha Pengasihan,Maha Penyayang.

Blogku sedang Menuju Puncak!!


Bahagia nya dapat Boyfriend macam dia...

Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang forever depan yang maha Esa...   

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang forever  n ever tu.

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...  

Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...  

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....  

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya...   Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti... 


P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam 


100th Follower goes to?? ♥niNa SyakiNa♥ !!!! Congrat!!

Salam....
Alhamdulillah....
selama hampir 3 minggu aktif blog..
follower dah mencapai angka 100....
Jadi Tahniah kepada  


kerana bertuah menjadi follower yang ke-100
ni Award untuk anda

Thursday, October 14, 2010

Doaku pada KEKASIH....buat kekasih....

Assalamualaikum...

Ya Allah....andai telah engkau takdirkan hati ini miliknya...
Maka bimbinglah hati kami supaya tidak lupa padaMU...
Bimbinglah jiwa kami supaya tidak lalai dariMU..
Bimbinglah perasaan cinta kami, supaya makin kuat Cinta kami padaMU..
Pisahkan kami andai nafsu makin memesongkan kami dariMU....
Lalu Engkau pertemukanlah kami semula...dalam keredhaanMU..
Dan satukan kami setelah kami bersedia untuk bersama
melalui jalan lurusMU di dunia ini....
Namun andai telah Engkau takdirkan kami untuk terpisah jua di dunia...
Kami mohon padaMU Ya Allah.....
Agar Engkau satukan kami buat kali terakhir....
Insyaallah...
Di syurgaMu yang abadi..........


Wednesday, October 13, 2010

Believe in Allah.....Insha Allah~

(You may stop the background music at my music player on the right side)


 Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side


Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way


Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side


Chorus


Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way


InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way


Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Tuesday, October 12, 2010

The Calmness I Found.....

Assalamualaikum...

After 3 week of struggled to rebuilt my blog....
Updating it, touched up here and there.......
Editing the HTML editors....
The blink-blink,the butterfly....
'Photoshoping'
my own header.....
My own background....
The instrumental music players.............
Everything was built based on what my heart want it to be.....
If there's anything wrong....my heart wont allow me to stop......
I'll correct it....again...and again.....
Until my heart say........
"Yes......this is it.......this is the one........i can feel the souls here"
For me, this blog was just like
a little  space of mine,that i may want to share it with others too...
but still the most calmness place to be at...
not just for me....but for everyone who love to be here.... :)

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam

perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Petua untuk Tidak Jatuh Cinta

Apabila sesuatu topik diutarakan berkisar cinta, sudah pasti ia akan menjadi topik paling hangat dan paling banyak pembacanya. Walaupun masih banyak perkara-perkara fitrah seperti takut, redha, roja’ (pengharapan) tetapi nampak gayanya fitrah cinta ini lebih menonjol dikalangan kita.

Bayangkan jika tanpa cinta Allah kepada hamba-hambaNya, mungkin sudah digantikan kita dengan umat yang baru kerana betapa kadang-kadang ingkarnya kita kepada suruhanNya dan banyaknya kerosakan pada bumi yang kita lakukan. Kalau tidak kerana cinta Rasulullah SAW kepada umatnya , maka tidak dapatlah kita hidup dalam suasana Islam seperti hari ini.

Apatah lagi jika tiadanya cinta daripada ibu bapa kita, maka tidaklah kita membesar sesihat dan secantik seperti hari ini.

Tidak lupa juga akan rasa cinta yang Allah berikan kepada sepasang lelaki dan perempuan yang mungkin tertarik sesama sendiri atas faktor-faktor tertentu.

Tetapi fitrah suci ini kadang-kadang disalah ertikan oleh pasangan-pasangan yang belum bernikah untuk menyalurkan rasa cinta itu dengan cara yang dipilih oleh mereka sendiri.Lagi parah apabila gejala ini berlaku dikalangan pelajar tidak kira di sekolah menengah atau di IPT.

Mereka lebih selesa untuk bercouple bertahun-tahun lamanya kerana katanya tidak bersedia dan tidak mampu untuk mendirikan rumah tangga lagi. Bila ditanya kenapa bercinta jika begitu? Yang dijawapnya adalah kerana sudah jatuh cinta.

Ketika menghadiri sebuah seminar bertajuk ‘Menuju Cinta Berpaksikan Wahyu’ baru-baru ini, saya amat tertarik dengan petua yang diberikan oleh penceramah berkaitan dengan cara mengatasi jatuh cinta tidak kena masa.

1) Jangan jadikan jatuh cinta sebagai pilihan

Jatuh cinta tidaklah salah tetapi apabila anda tidak bersedia untuk menempuh alam rumah tangga dan masih tidak berkemampuan, mengapa perlu hati disesakkan dengan satu lagi cinta? Lebih-lebih lagi ditujukan bagi adik-adik yang masih belajar di peringkat sekolah dan yang baru melangkah ke IPT. Rumah tanga tidak akan bahagia jika hanya ada cinta sahaja. Tuntutlah ilmu-ilmu berkaitan terlebih dahulu dan dalami ilmu agama. Belajar memikul tanggungjawab dengan melakukan tugasan-tugasan rumah. Bak kata penceramah di seminar, belajar mencintai dan menghargai teman-teman sejantina dahulu.

2) Menjaga pandangan mata

Hal ini telah disebutkan Allah didalam Al-Quran didalam surah an-nur

Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…
Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…
An-Nur :30 dan 31

Pandangan mata seharusnya bukan sahaja dijaga di alam realiti walhal di alam maya sekalipun. Seorang mukmin tidak sewenang-wenangnya melihat-melihat gambar yang berlainan jantina sesuka hatinya sehingga mampu merosakkan hati.

Bukanlah bermakna,apabila sudah bersedia untuk berumah tangga,maka pandangan mata tidak perlu lagi dijaga. Tetapi menjaga pandangan mata adalah lebih kepada usaha untuk menjaga hati dan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah. Bak kata orang tua-tua dari mata jatuh ke hati.

3) Takutkan Allah

Tidak dapat disangkal lagi bahawa poin ini merupakan petua yang paling terjamin daripada terjebak dengan hal-hal yang Allah murka. Seorang hamba yang sentiasa sedar bahawa dirinya sentiasa dilihat dan dipantau oleh Allah akan merasa gerun untuk melakukan sesuatu yang Allah tidak redha. Inilah yang dikatakan sebagai ihsan.

Rasulullah SAW apabila ditanya apakah ihsan,baginda menjawap,

Kamu beribadah seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak melihat Allah, ketahuilah bahawa Allah melihat kamu.


Jadi,bagi yang masih belum terjebak dan tidak bersedia,sama-samalah kita perbaiki diri terlebih dahulu. Ramai diantara kita yang ingin bercinta,tetapi tiada ilmu tentang cinta. Maka pelajarilah ia dahulu. Dan belajarlah untuk mencintai Allah terlebih dahulu,maka inshaAllah suatu hari nanti akan Allah kurniakan seseorang yang mencintaiNya untuk mencintai kita hanya keranaNya.

Wallahualam.


RUMAH ITU SYURGA ISTERI….


“…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI…

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan
mengikut pintu yang disukai.
Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud…

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”

“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.”
Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah
s.a.w…

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat: Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi: Iaitu tiap-tiap isteri yangbersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak.Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung…
“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah.Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.”

Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya…
Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.

Kelebihan wanita-wanita yang mengandung…

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa. Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah. Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”

Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…

“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya.’

EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH
RASULULLAH SAW…

1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.

4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan
bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”


Monday, October 11, 2010

Pahit & Manis pada tarikh keramat 10-10-10


Assalamualaikum...
10-10-10 gabungan tarikh yang cantik ini hanya berlaku setiap 100 tahun....pada 10-10-1910 iaitu 100 tahun yang lepas.....dan semalam 10-10-2010 setelah 100 tahun berlalu....dan insyaallah....tarikh ini bakal berulang lagi pada 100 tahun akan datang iaitu pada tarikh 10-10-2110...mungkin takkan semua orang mampu untuk bertemu dengan tarikh ini untuk kali kedua..melainkan mereka dapat hidup lebih dari 100 tahun....oleh itu ramai yang ingin mengambil peluang menjadikan tarikh 10-10-10 ini sebagai kenangan terindah dalam hidup.....

Antaranya Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor...angkasawan pertama negara yang menjadikan tarikh ini sebagai tarikh bermakna dalam hidupnya,apabila di ijabkabulkan bersama pilihan hati Datin Dr Halina Yunos....... perkahwinan yang indah berkonsepkan tema "Kayangan" memukau sesiapa saja yang melihat. Satu kenangan manis pada tarikh 10-10-10.

Namum, siapa sangka dalam kemeriahan majlis perkahwinan itu, di suatu tempat lain.... terjadinya peristiwa pahit yang pastinya sukar untuk di lupakan oleh sesiapa sahaja yang mengalaminya. Lebih kurang pada jam 6.40petang, satu kemalangan ngeri telah berlaku di Km223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Kemalangan yang membabitkan 2 buah bas,sebuah van dan 3 buah kereta ini telah mengorbankan 12 nyawa..manakala 40 yang lain mengalami cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila bas yang menghala ke kuala lumpur gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan, kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain dan melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malang sentiasa tidak berbau....Al-Fatihah buat semua mangsa kemalangan.









Ini adalah antara gambar-gambar yang saya link kan dari sebuah laman. Anda boleh ke laman ini
Gambar | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 KM223 Plus Tol Simpang Ampat 12 Maut, 40 Cedera
 untuk melihat gambar-gambar lain dan juga video kemalangan ini.


Tips-tips Agar dikasihi oleh DIA~

Di dalam hadith-hadith ada dikemukakan ciri-ciri orang yang dicintai dan dikasihinya.

1. Orang yang teliti dan tekun.

"Sesungguhnya Allah mencintai dan mengasihi orang yang bila mengerjakan sesuatu, selalu memperbaguskan / menyempurnakan perbuatannya."

2. Orang yang selalu memberikan bantuan kepada orang yang malang.

"Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang membantu orang yang kemalangan"

3. Orang yang lemah lembut.

"Sesungguhnya Allah menyukai lemah-lembut dalam segala urusan (baik perbuatan, ucapan, pergaulan dan sebagainya)."

4. Peramah

"Sesungguhnya Allah menyukai yang mudah dan ringan dalam perkataan dan perbuatan (manis muka dan ramah tamah)"

"Sesungguhnya orang-orang yang paling Aku cintai di antara kamu dan dekat kedudukannya kepada Ku pada hari kiamat ialah orang-orang yang paling baik akhlaknya dan rumahnya sering dikunjungi, yang ramah tamah dan disukai orang. Dan orang yang paling Aku benci dan jauh kedudukannya dari Ku pada hari kiamat ialah orang yang cakap besar (yang suka bercakap dan di dalam percakapannya banyak mengumpat dan mencerca orang lain), yang besar kepala dan sombong"

5. Orang yang taat.

"Sesungguhnya Allah menyukai pemuda yang menghabiskan masa mudanya dalam ketaatan kepadaNya."

6. Orang yang mempunyai pekerjaan.

"Sesungguhnya Allah mengasihi hambaNya yang mukmin dan memepunyai perusahaan/pekerjaan."

7. Orang yang rendah hati.

"Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertakwa lagi kaya tetapi tidak menonjolkan diri atas kekayaanNya."

8. Orang yang selalu mengulangi doanya.

"Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa."

9. Orang yang menunaikan fardu dan sunat.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang menunaikan keringanan yang telah ditetapkan, (seperti 'rukhsah' dalam perjalanan jauh), sebagaimana juga Dia menyukai orang-orang yang melaksanakan apa-apa yang telah ditetapkanNya 'azimah'."

10. Orang yang mensyukuri nikmat.


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang memperlihatkan nikmatNya kepada hambaNya (misalnya nikmat ilmu yang diamalkan)."

11. Orang yang fanatik terhadap keyakinannya.

"Sesungguhnya Allah mencintai hamba-hambaNya yang cemburu (untuk menegakkan dan membela AgamaNya), bukan cemburu kerana buruk sangka tanpa ada kecurigaan atau keraguan."

12. Orang yang tidak banyak cakap.

"Sesungguhnya Allah menyukai jual beli yang mudah dan toleransi, dan pembayaran yang mudah serta toleran."

13. Orang penyantun.


"Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang mukmin, yang fakir tetapi sopan, menjaga harga diri dan mempunyai tanggungan."

14. Wanita yang tidak mandul.

"Wanita yang melahirkan anak lebih dicintai Allah daripada wanita yang cantik tetapi mandul. Sesungguhnya Aku bangga dengan umatKu pada hari kiamat."

15. Orang yang mengutamakan hal-hal yang penting.

"Sesungguhnya Allah menyukai urusan-urusan yang tinggi nilainya lagi mulia dan tidak menyukai urusan yang hina dan rendah martabatnya."

16. Orang yang memuji syukur kepadaNya.


"Sesungguhnya Allah suka untuk dipuji."

17. Orang yang mencintai anaknya.


"Sesungguhnya Allah menyukai kamu berlaku adil diantara sesama anak-anak kamu hingga mencium mesra."

18. Orang yang berakhlak tinggi.

"Sesungguhnya Allah itu indah, dan menyukai keindahan."

"Dia Maha Pemurah menyukai kemurahan, Dia menyukai ketinggian akhlak (budi pekerti) dan tidak suka kepada akhlak yang rendah."

19. Orang yang kuat imannya.

"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai daripada orang mukmin yang lemah, tetapi pada masing-masing ada kelebihannya."

20. Orang yang pemaaf.

"Sesungguhnya Allah itu pemaaf, Dia suka memaafkan."

21. Orang yang kekal dalam kebiasaannya yang baik.

"Amal perbuatan yang disukai Allah ialah yang kekal dilakukan meskipun sedikit."

22. Orang yang suka memberi nasihat.


"Sesungguhnya hamba-hambaNya yang paling disukai Allah ialah yang banyak memberikan nasihat kepada hamba-hambaNya yang lain."

23. Orang yang suka berbuat kebajikan.

"Sesungguhnya hamba-hamba yang paling disukai Allah ialah orang yang suka kepada kebajikan dan suka melakukannya."

24. Penguasa yang adil.

"Sesungguhnya orang yang paling disukai Allah pada hari kiamat dan dekat kedudukannya pada Allah ialah Raja (penguasa) yang adil. Dan orang yang sangat dibenciNya dan jauh kedudukan dariNya ialah Raja (penguasa) yang zalim (suka menganiaya)."

25. Nama yang baik.

"Sesungguhnya nama-nama yang disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman."

26. Orang yang sembahyang, berbakti kepada orang tua dan berjihad.


"Perbuatan yang paling disukai Allah ialah sembahyang pada waktunya, kemudian berbakti kepada ibu bapa, kemudian berjihad fisabilillah."

27. Orang yang selalu berzikir kepada Allah.

"Perbuatan yang paling disukai Allah ialah di saat engkau meninggalkan dunia lidahmu basah kerana berzikir kepada Allah (orang yang suka berzikir terus menerus hingga saat kematiannya)."

28. Orang yang suka menolong sesama manusia.

"Perbuatan yang paling dicintai Allah ialah suka memberi makan orang yang miskin yang kelaparan, atau orang yang suka membayarkan hutang orang lain atau orang yang suka melapangkan musibah (kesusahan) orang lain."

29. Orang yang selalu menggembirakan sesamanya.

"Perbuatan yang paling disukai Allah, (setelah menunaikan segala perkara yang fardu) ialah mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada sesama Muslim."

30. Orang yang tidak lancang berbicara.

""Perbuatan yang lebih disukai Allah ialah menjaga lidah (jangan lancang berbicara)."

31. Orang yang perbuatannya didasarkan kerana Allah.


"Perbuatan yang lebih disukai Allah ialah kasih atau senang kerana Allah dan benci atau tidak suka kerana sesuatu kerana Allah."

32. Orang yang diberi nama "Hamba Allah".

"Nama-nama yang disukai Allah ialah nama yang menyatakan penghambaanNya (yang dimulai dengan Abdul, seperti Abdullah dan sebagainya). Dan nama-nama yang lebih benar ialah Hammam atau Humam dan Haris.

33. Tempat yang dicintai Allah.

"Bahagian negeri yang lebih dicintai Allah ialah masjidnya dan yang dibencinya ialah pasarnya."

34. Orang yang ucapan dan kata-katanya baik.

"Jihad (menegakkan Agama Allah) yang lebih disukai Allah ialah ucapan (nasihat) yang benar yang disampaikan kepada seorang Raja (penguasa) yang aniaya dan tidak adil.

"Cerita (percakapanya) yang lebih Aku sukai ialah yang benar / yang lebih benar."

"Perkataan (ucapan) yang lebih disukai Allah ialah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar, La ilaha illallah, tanpa mengira yang mana satu didahulukan."

35. Orang yang memiliki ketrampilan (kecekapan).

"Permainan yang melalaikan yang lebih disukai Allah ialah berlatih menunggang kuda dan ketrampilan (kecekapan) memanah."

36. Orang yang memberikan bantuan belajar.

"Hamba-hamba yang lebih disukai Allah ialah yang lebih banyak memberikan manafaat kepada tanggungannya (menyara mereka, menyuruh belajar serta mendidiknya)."

37. Orang yang berakhlak luhur.
"Hambanya yang lebih disukai Allah ialah yang lebih tinggi akhlaknya."

38. Rumah penginapan dan pendidikan anak yatim.

"Diantara rumah-rumah kamu yang lebih disukai Allah ialah rumah yang didalamnya terdapat anak yatim yang dikasihi dan dididik sebagaimana semestinya."

"Zuhudlah di dalam dunia (nescaya) engkau dicintai Allah, dan zuhud terhadap apa-apa yang ada ditangan orang lain nescaya orang lain akan kasih kepadamu...


Sunday, October 10, 2010

PETUA IMAM SYAFIE

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI    Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH    Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA   Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

10.10.10 - Kasih hingga ke Syurga.

Assalamualaikum..


Kisah sepasang suami isteri menjalani  sisa-sisa hidup mereka….

Setiap kali azan berkumandang…..kelihatan si suami dan si isteri keluar dari rumah..berbekalkan sebuah motorsikal usang….serta kudrat yang terhad, si suami membonceng si isteri ke surau kecil berhampiran. Janji kasih hingga hujung nyawa…..janji setia ingin bersama di syurga…. Mereka tidak pernah merasa penat….melangkah ke rumah Allah itu. Kerana di situ mereka temui ketenangan..juga terus berdoa agar janji bersama menjadi nyata.

Namun apalah kudrat si suami yang sering saja di landa dugaan kesakitan….namun di tabahkan hati, kesakitan bukan penghalang untuk mematahkan rutin mereka mengunjungi rumah Allah seperti biasa. Setiap waktu solat…………..mereka bermunajat kepadaNYA. Mohon di ampunkan dosa dalam menjalani sisa-sisa hidup yang terakhir….memohon agar di terima segala amalan….merayu agar apabila tiba saatnya mereka menghadap pemilik sekelian alam ini…mereka sudah bersedia menghadapinya dengan tenang dan redha.

Namun takdir Allah tak siapa tahu….Solat sunat aidiladha menjadi menjadi saksi………sebagai solat terakhir mereka bersama…. Selepas  6 hari bertarung nyawa di hospital…..kekasih si isteri di panggil oleh Ilahi kembali padaNYA. Kelu si isteri tidak mampu berkata-kata….namun jauh di sudut hati nya..dia redha, kerana yakin bahawa suaminya pasti tenang bersama Ilahi.

Tinggallah si isteri seorang diri, sepi dalam ramai…..tak pernah sesaat melupakan si suami…. Al-Quran menjadi pengubat di kala rindu datang bertandang…..rutin yang pernah di lakukan bersama arwah si suami tetap di teruskan…walau terpaksa mengharapkan bantuan dari insan-insan yang sudi menghantarnya ke rumah Allah itu.

5 tahun berlalu….ingatan terhadap si isteri terhadap suaminya sentiasa segar di hati. Pernah si isteri berkata pada anaknya….yang hidupnya juga takkan lama….dia  amat merindui suaminya. Benarlah apa yang di ungkapkan oleh si isteri….selang seminggu… si isteri jatuh sakit….dia di masukkan ke hospital….selama di katil hospital, kalimah Allah dan 5 ayat terakhir surah Al-Fajr dari kitab suci Al-Quran tak pernah lekang dari bibirnya….


 

hinggalah..tiba saatnya…..si isteri juga menghambuskan nafasnya yang terakhir..kembali menghadap yang maha ESA.

Aturan hidup tak siapa yan g tahu….bertemukah si isteri dengan suaminya di sana hanya DIA yang tahu…Setahun perginya si isteri,sehingga tiba malam pertama di bulan ramadhan.. ketika sedang menunaikan solat terawikh, salah seorang cucu kepada pasangan suami isteri ini tiba-tiba merasa teramat rindu pada kenangan menyambut ramadhan bersama atuk dan neneknya. Maka di malam berkat itu terdetik dalam hatinya berdoa agar berpeluang  bertemu dengan kedua-dua mereka sekali sahaja lagi, bagi mengubat kerinduannya…walaupun ia hanya sekadar mimpi.

Maka dengan kekuasaan Allah, malam itu si cucu telah bermimpi, berada di suatu tempat yang sangat indah dan tenang…. Terdapat sebuah rumah yang panjang di tepi sebuah padang yang penuh dengan bunga…….terasa damai  sekali tempat itu.

Si cucu pun berjalan menghampiri rumah tersebut, di bawah sebatang pokok yang merimbun….terlihat olehnya dua insan yang sedang kusyuk membaca Al-Quran, dan apabila mereka berpaling..terkejut  tak terhingga si cucu melihat  dua  wajah yang amat di rinduinya…..bercucuran gugur air mata si cucu menangis teresak-esak,terubat segala kerinduan memandang wajah tenang mereka……… Si cucu dapat melihat dengan jelas wajah kedua arwah atuk dan neneknya, berpakaian serba putih, tidak berkata-kata…namun hanya tersenyum….wajah mereka sangat bercahaya dan kelihatan muda sekali. Terus si cucu meluru memeluk kedua mereka, tapi tak lama….Tiba-tiba terasa seperti ada tangan yang menarik si cucu pergi dari arwah atuk dan neneknya. Si cucu meronta-rona minta di lepaskan tapi….makin lama jelmaan mereka makin menjauh dan akhirnya hilang….di saat-saat akhir itulah, jelas kelihatan wajah mereka tersenyum, seolah-olah memberitahu bahawa mereka  sekarang sangat tenang dan bahagia di sana…..

“Alhamdulillah…Syukur padamu Ya Allah…kerena memberi peluang kepadaku melihat insan-insan yang kurindui."

******************************************

Suami & Isteri yang di maksudkan dalam cerita ini adalah arwah atuk dan nenek saya sendiri…iaitu

Haji Saat bin Mat Ail & Hajah Sapiah binti Yaacob

(Al-Fatihah untuk keduanya)

dan

 Sayalah cucunya yang mengalami mimpi tersebut……

     *******************************************

Just install Intense Debate comment widget for my blog!



Salam, just nak bagi tau saya da install comment widget yg baru...lagi mudah + effective tuk di gunakan dari komen blogger biasa.....made this specially for my follower!!! heheheh....bile singgah,jgn segan2 tuk tinggalkan komen anda ye... :)

"Value Your Voice"

Terima Kasih kepada Semua Follower buku citer saya!!!

Assalamualaikum....
Nampaknya dalam masa lebih 2 minggu aktif blogging, buku cerita saya dah makin bertambah follower, alhamdulillah....bagi beginner macam saya jumlah tu da cukup membuatkan saya rasa bertanggungjawap untuk setiasa update blog saya ni........bukan sekadar cerita sahaja...tapi cerita bersama info dan pengajaran untuk di kongsi bersama......
Insyaallah...selagi idea tak kering dari otak.....saya akan cube update buku cite neh....
Di ibaratkan blog saya ni mcm budak baru boleh berjalan......
masih bertatih untuk terus jadi blogger yang baik......
dan pastinya sokongan follower semua menjadi inpirasi kepada saya yang masih tidak tahu......
akhir kata terima lah pantun turun temurun ni dari saya..
"Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah, tolong tunjukkan"

Wasalam~

Related Posts with Thumbnails

My Entry Tags...

Tazkirah (39) Mine (25) Info (8) My Song (8) Cinta (6) Lawak (3) hobi (3) Masak (2) Movie Review (2)