Assalamualaikum...
10-10-10 gabungan tarikh yang cantik ini hanya berlaku setiap 100 tahun....pada 10-10-1910 iaitu 100 tahun yang lepas.....dan semalam 10-10-2010 setelah 100 tahun berlalu....dan insyaallah....tarikh ini bakal berulang lagi pada 100 tahun akan datang iaitu pada tarikh 10-10-2110...mungkin takkan semua orang mampu untuk bertemu dengan tarikh ini untuk kali kedua..melainkan mereka dapat hidup lebih dari 100 tahun....oleh itu ramai yang ingin mengambil peluang menjadikan tarikh 10-10-10 ini sebagai kenangan terindah dalam hidup.....
Antaranya Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor...angkasawan pertama negara yang menjadikan tarikh ini sebagai tarikh bermakna dalam hidupnya,apabila di ijabkabulkan bersama pilihan hati Datin Dr Halina Yunos....... perkahwinan yang indah berkonsepkan tema "Kayangan" memukau sesiapa saja yang melihat. Satu kenangan manis pada tarikh 10-10-10.
Namum, siapa sangka dalam kemeriahan majlis perkahwinan itu, di suatu tempat lain.... terjadinya peristiwa pahit yang pastinya sukar untuk di lupakan oleh sesiapa sahaja yang mengalaminya. Lebih kurang pada jam 6.40petang, satu kemalangan ngeri telah berlaku di Km223 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Kemalangan yang membabitkan 2 buah bas,sebuah van dan 3 buah kereta ini telah mengorbankan 12 nyawa..manakala 40 yang lain mengalami cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila bas yang menghala ke kuala lumpur gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan, kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain dan melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat. Malang sentiasa tidak berbau....Al-Fatihah buat semua mangsa kemalangan.
Ini adalah antara gambar-gambar yang saya link kan dari sebuah laman. Anda boleh ke laman ini
Gambar | Video Kemalangan Ngeri 10.10.10 KM223 Plus Tol Simpang Ampat 12 Maut, 40 Cedera
untuk melihat gambar-gambar lain dan juga video kemalangan ini.