Assalamualaikum..
Kisah sepasang suami isteri menjalani sisa-sisa hidup mereka….
Setiap kali azan berkumandang…..kelihatan si suami dan si isteri keluar dari rumah..berbekalkan sebuah motorsikal usang….serta kudrat yang terhad, si suami membonceng si isteri ke surau kecil berhampiran. Janji kasih hingga hujung nyawa…..janji setia ingin bersama di syurga…. Mereka tidak pernah merasa penat….melangkah ke rumah Allah itu. Kerana di situ mereka temui ketenangan..juga terus berdoa agar janji bersama menjadi nyata.
Namun apalah kudrat si suami yang sering saja di landa dugaan kesakitan….namun di tabahkan hati, kesakitan bukan penghalang untuk mematahkan rutin mereka mengunjungi rumah Allah seperti biasa. Setiap waktu solat…………..mereka bermunajat kepadaNYA. Mohon di ampunkan dosa dalam menjalani sisa-sisa hidup yang terakhir….memohon agar di terima segala amalan….merayu agar apabila tiba saatnya mereka menghadap pemilik sekelian alam ini…mereka sudah bersedia menghadapinya dengan tenang dan redha.
Namun takdir Allah tak siapa tahu….Solat sunat aidiladha menjadi menjadi saksi………sebagai solat terakhir mereka bersama…. Selepas 6 hari bertarung nyawa di hospital…..kekasih si isteri di panggil oleh Ilahi kembali padaNYA. Kelu si isteri tidak mampu berkata-kata….namun jauh di sudut hati nya..dia redha, kerana yakin bahawa suaminya pasti tenang bersama Ilahi.
Tinggallah si isteri seorang diri, sepi dalam ramai…..tak pernah sesaat melupakan si suami…. Al-Quran menjadi pengubat di kala rindu datang bertandang…..rutin yang pernah di lakukan bersama arwah si suami tetap di teruskan…walau terpaksa mengharapkan bantuan dari insan-insan yang sudi menghantarnya ke rumah Allah itu.
5 tahun berlalu….ingatan terhadap si isteri terhadap suaminya sentiasa segar di hati. Pernah si isteri berkata pada anaknya….yang hidupnya juga takkan lama….dia amat merindui suaminya. Benarlah apa yang di ungkapkan oleh si isteri….selang seminggu… si isteri jatuh sakit….dia di masukkan ke hospital….selama di katil hospital, kalimah Allah dan 5 ayat terakhir surah Al-Fajr dari kitab suci Al-Quran tak pernah lekang dari bibirnya….
Tinggallah si isteri seorang diri, sepi dalam ramai…..tak pernah sesaat melupakan si suami…. Al-Quran menjadi pengubat di kala rindu datang bertandang…..rutin yang pernah di lakukan bersama arwah si suami tetap di teruskan…walau terpaksa mengharapkan bantuan dari insan-insan yang sudi menghantarnya ke rumah Allah itu.
5 tahun berlalu….ingatan terhadap si isteri terhadap suaminya sentiasa segar di hati. Pernah si isteri berkata pada anaknya….yang hidupnya juga takkan lama….dia amat merindui suaminya. Benarlah apa yang di ungkapkan oleh si isteri….selang seminggu… si isteri jatuh sakit….dia di masukkan ke hospital….selama di katil hospital, kalimah Allah dan 5 ayat terakhir surah Al-Fajr dari kitab suci Al-Quran tak pernah lekang dari bibirnya….
hinggalah..tiba saatnya…..si isteri juga menghambuskan nafasnya yang terakhir..kembali menghadap yang maha ESA.
Aturan hidup tak siapa yan g tahu….bertemukah si isteri dengan suaminya di sana hanya DIA yang tahu…Setahun perginya si isteri,sehingga tiba malam pertama di bulan ramadhan.. ketika sedang menunaikan solat terawikh, salah seorang cucu kepada pasangan suami isteri ini tiba-tiba merasa teramat rindu pada kenangan menyambut ramadhan bersama atuk dan neneknya. Maka di malam berkat itu terdetik dalam hatinya berdoa agar berpeluang bertemu dengan kedua-dua mereka sekali sahaja lagi, bagi mengubat kerinduannya…walaupun ia hanya sekadar mimpi.
Maka dengan kekuasaan Allah, malam itu si cucu telah bermimpi, berada di suatu tempat yang sangat indah dan tenang…. Terdapat sebuah rumah yang panjang di tepi sebuah padang yang penuh dengan bunga…….terasa damai sekali tempat itu.
Si cucu pun berjalan menghampiri rumah tersebut, di bawah sebatang pokok yang merimbun….terlihat olehnya dua insan yang sedang kusyuk membaca Al-Quran, dan apabila mereka berpaling..terkejut tak terhingga si cucu melihat dua wajah yang amat di rinduinya…..bercucuran gugur air mata si cucu menangis teresak-esak,terubat segala kerinduan memandang wajah tenang mereka……… Si cucu dapat melihat dengan jelas wajah kedua arwah atuk dan neneknya, berpakaian serba putih, tidak berkata-kata…namun hanya tersenyum….wajah mereka sangat bercahaya dan kelihatan muda sekali. Terus si cucu meluru memeluk kedua mereka, tapi tak lama….Tiba-tiba terasa seperti ada tangan yang menarik si cucu pergi dari arwah atuk dan neneknya. Si cucu meronta-rona minta di lepaskan tapi….makin lama jelmaan mereka makin menjauh dan akhirnya hilang….di saat-saat akhir itulah, jelas kelihatan wajah mereka tersenyum, seolah-olah memberitahu bahawa mereka sekarang sangat tenang dan bahagia di sana…..
“Alhamdulillah…Syukur padamu Ya Allah…kerena memberi peluang kepadaku melihat insan-insan yang kurindui."
******************************************
Suami & Isteri yang di maksudkan dalam cerita ini adalah arwah atuk dan nenek saya sendiri…iaitu
Haji Saat bin Mat Ail & Hajah Sapiah binti Yaacob
(Al-Fatihah untuk keduanya)
dan
Sayalah cucunya yang mengalami mimpi tersebut……
*******************************************