Thursday, December 2, 2010

Surah Yasin, Kerna Ertinya ku Menangis~

Assalamualaikum,
Malam ini saya mengambil kesempatan untuk menulis sebuah entri, mengenai suatu perasan yang telah saya alami sendiri.

Oleh kerana sedikit dugaan yang di berikan oleh Allah pada saya, fikiran saya jadi bercelaru dan tidak tenang...hati saya sakit dek kerana kata-kata dari manusia. Kesakitan itu akhirnya membuatkan saya jadi terlalu lemah dan ingin menangis semahunya...ya saya menangis...itu sajalah yang mampu di lakukan oleh seorang wanita.

Betullah bila di katakan bahawa lidah manusia lebih tajam dari pedang,tidakkah manusia itu mengerti dan percaya bahawa apabila saya katakan Allah sentiasa ada di hati ini, maka sesungguhnya Allah memang sentiasa ada di hati ini,telah dan akan saya cuba sedaya upaya untuk memelihara diri ini dari terjerumus dengan dosa kerana adanya Allah di hati saya, walau sekalipun saya mencintai manusia, namun sedaya upaya saya simpan ia jauh di sudut hati, kerana adanya Allah yang lebih utama di hati ini, percayalah, saya tidak sesekali akan mengadaikan maruah diri kerana di hati ini ada Allah yang sentiasa mengawasi diri saya.

Tapi kenapa manusia tetap sukar untuk mempercayai janji atas nama Allah itu? oh ya...saya terlupa.. bahawa pada zaman ini janji dengan cagaran wang lebih di percayai dari janji Tuhan. Saya bingung, adakah saya yang terlalu naif kerana hanya mampu berjanji atas nama Tuhan atau mereka yang buta dek kerana terlalu jauh dari tuhan? Lalu dalam kebingungan itu saya mengambil keputusan untuk membaca surah Yasin, dengan harapan semoga saya dapat mencari jawapan di dalamnya....agar hati ini lebih tenang......suatu saat saya terbaca tafsiran dibawah...

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."
(Surah Yasin, Ayat 9)

 Ya..benarlah...bahawa pandangan manusia telah di halang oleh sifat tamak mereka dengan harta dunia...sehingga mereka lupa bahawa adanya janji Allah tentang hari akhirat. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dibutakan mata dari melihat jalan yang benar.....Nauzubbillahi min zalik....

Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu).(48)  

Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing). (49) 

Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya) dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya. (50)

Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) mengadap Tuhannya.(51)

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,, (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul. (52)  

Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). (53)

Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. (54)



...sampai sahaja ke ayat 48-54, air mata saya tidak dapat di bendung lagi, hati ini berasa amat takut sekali dengan hari pembalasan itu, amat takut akan dosa-dosa yang telah di lakukan... amat takut menghadapi perbicaraan sebenar-benar perbicaraan itu nanti......di golongan manakah diri ini akan di letakkan....ku ingin menjadi golongan syurga....maka pada ayat seterusnya tergambar keindahannya...dan kali ini semakin laju airmataku mengalir...betapa diri ini juga ingin merasainya....

Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55)  

Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; (56)

Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (57) 

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (58)  
Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman). (59) 

Sungguh indah gambaran di syurga ini, sungguh mulia dan berbahagia kepada sesiapa yang menjadi penduduk syurga... hati ini menjadi semakin sayu, apabila mengenangkan apakah nasib diri ini kelak. Sungguh...sungguh saya sangat ingin masuk ke syurgaNYA...tapi mampukah saya? Layakkah saya menjadi salah seorang penduduk syurga... sedangkan diri penuh dengan debu dosa duniawi....Ya Allah...di saat itu juga buat sekian kali air mata saya mengalir, terlalu sedih mengingati kelalaian diri sendiri selama ini....lalu terbaca di ayat seterusnya...

Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? (62)

Yang kamu saksikan sekarang ialah Neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah). (63)  

Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan! (64) 

 Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (65)  

(Mata hati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? (66) 

 (Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. (67)  

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (68).

Ya Allah... terasa seolah-olah tubuhku mengigil ketakutan...hanya dengan membacanya... betapa hambaMu ini merasa amat takut akan kekuasaanMu.... Ya Allah, ku bermohon agar Engkau jauhkan diriku dari golongan-golongan ini. Ampunkan dosaku Ya Allah...akan ku sentiasa berpegang pada janjiMu... dan akan ku sentiasa berjanji atas namaMu bahawa Engkau sentiasa di hatiku...mengiringi setiap langkahku.. terus berada di jalan lurusMu....oleh itu ku bermohon pertolongan dariMu....kerana...

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (82)  

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (83)

Amin ya Rabbal Alamin~~

Related Posts with Thumbnails

My Entry Tags...

Tazkirah (39) Mine (25) Info (8) My Song (8) Cinta (6) Lawak (3) hobi (3) Masak (2) Movie Review (2)