Saturday, October 9, 2010

Takkan wat simbol "Peace" lagi masa ambek gambar!!


Salam hormat kepada seluruh ummat Islam,

Sila perhatikan isyarat jari seperti gambar diatas.Mungkin anda pernah melihatnya dan ikut melakukannya terutama ketika bergambar.Ya,itu adalah simbol 'PEACE/KEAMANAN' seperti yang digembar gemburkan diseluruh dunia.Kita biasa melakukannya sebagai isyarat spontan terutama ketika bergambar.Tetapi berhati-hatilah,kerana ada sesuatu maksud terhadap 'simbolik' pada perbuatan tersebut ('V').Sekiranya anda belum mengetahui,sila ambil tahu sekarang.



Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)  


 Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.



Oleh itu berhati-hatilah,berpesan-pesanlah pada mereka yang belum mengetahui..krn jgnla kita membiarkan walau perkara yg sekecil ini,menjadi amalan dan budaya ummat Islam tanpa kita sedari.

WALLAHUALAM

Sumber : IbnuYaacob
Prepared By : PermataDunia

Kenapa manusia perlu meminta-minta kalau boleh berusaha...

Assalamuaalaikum...

Entry kali ini wani nk citer pasal apa yang wani lihat semalam masa berada kat area Bandar Kota Bharu, cerita tentang seorang peminta sedekah dan bayinya.

Sebenarnya dah banyak kali wani terserempak dengan mereka, setiap kali wani pergi bank or lalu kat kawasan Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu tue....mesti nampak pakcik tu dengan bayi kecilnya sedang meminta rezeki dari sesiapa sahaja yang keluar dari bank. Bayi  kecil yang tak berdaya itu di bawa ke hulu kehilir....tak kira panas dan hujan...kaki lima bank dah jd macam tempat berteduh seharian mereka...
Dekat kawasan tu ade 3 buah bank rsnye...Bank Islam, Maybank n CIMB (klu tak silap lah..). 3 tempat ni lah biasa nye mnjadi tempat untuk mereka mencari rezeki......wani terfikir...kenapa lah pak cik ni tak cari kerja...sedangkan pada pandangan wani tak de sikit pon kekurangan yang menghalang die dari bekerja..
umo pakcik tu mungkin awal 40an,tgk pada dirinya yang masih kelihatan kuat... tapi kenapa pilih untuk meminta sedekah, sedangkan die boleh berusaha mencari kerja.

Mungkin kerja sebagai pengemis tak menjadi masalah bagi die...tapi tak kesian kah die kepada bayinya yang di dukung ke hulu kehilir tu....bayi kecil yang sepatutnya di jaga dari cahaya matahari dan hujan tapi terpaksa melalui kehidupan yang penuh debu dan habuk.....kalau pakcik itu merasakan yang dirinya sendiri layak di gelar pengemis kenapa mesti mempergunakan bayinya untuk meraih simpati?

Waktu wani lalu kawasan itu dalam pukul 7 ptg semalam..wani nampak pakcik itu ade kat depan CIMB, tgh bersiap untuk balik...kecian sangat tgk bayi die yang kelihatan sangat keletihan dan tak bermaya, tertidur di bahu ayahnya....

Ya Allah, kesiannya bayi sekecil itu perlu berhujan dan panas semata2 kerana ayahnya yang malas berusaha....
Maaf kalau bahasa wani kasar...tapi memang benar...kalau die mengemis tanpa bayi itu bersamanya mungkin takkan ade orang yang bersimpati pada dirinya. Ikhlasnya, wani rasa pakcik itu boleh berusaha mancari kerja...walaupun kerja2 biasa....tapi kenapa tak berusaha?


Sincerely me,

Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu....

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.



Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.



“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.



Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.



“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.



“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”



Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.



Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..



‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.



“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”



“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”



“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”



“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”



“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”



“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “



“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”



“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”



“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”



“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”



Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.



“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”



Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.



Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

(ps:dpt artikel ni kat facebook....sgt menyentuh hati...wantit to  be in my story book)

Friday, October 8, 2010

Ayat-ayat Cinta?

Cinta itu sebenarnya sangat berharga dan kita perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali seseorang itu sebelum melafazkan kata cinta kepadanya.



Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut dan bukan datang dari hati.


Pernahkan anda mencari sesuatu barang yang diperlukan tetapi tidak berjumpa? Sebaliknya apabila barang itu tidak diperlukan, tanpa anda cari, ia ada pula di depan mata. Oleh itu,  jangan terburu-buru mencari cinta kerana ada kemungkinan ia akan datang sendiri kepada kita ketika kita tidak lagi memburunya.



Hidup memang memerlukan cinta, tetapi cinta bukan segala-galanya di dalam kehidupan.


Jika kita kecewa bercinta, jangan disalahkan takdir kerana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Di mata kita mungkin ia satu keburukan, sedangkan ada banyak hikmah tersembunyi di sebaliknya yang tidak kita sedari.



Tidak salah untuk bersedih dan kecewa apabila putus cinta, namun jangan keterlaluan hingga berfikir serta bertindak keterlaluan dan bukan-bukan. Banyak lagi keutamaan lain di dalam kehidupan ini dan bukan cinta semata-mata.

Thursday, October 7, 2010

Menyelami erti cinta



Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa kasih sayang sesama insan.

CINTA merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Cinta ada kaitan langsung dengan kasih sayang, rindu, suka, gembira, sejahtera dan bahagia.
Perasaan cinta merupakan sifat semula jadi anugerah Allah. Cinta lahir dalam pelbagai jenis seperti cinta Allah, cinta Rasul, cinta diri, cinta keluarga, cinta suami atau isteri, cinta ibu bapa, cinta anak, cinta sahabat handai dan cinta harta.

Sebenarnya, cinta ada kaitan dengan keimanan dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda dengan bermaksud: “Tiga sifat sesiapa yang memilikinya akan merasakan kelazatan iman iaitu jika ia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain. Jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah dan jika ia enggan kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana ia enggan dimasukkan ke dalam neraka” - Mutafakun alaih.

Kepentingan cinta kepada diri sendiri mendorong seseorang untuk menjaga dan menghargai diri sendiri, mengambil berat terhadap kesihatan dan mengambil berat terhadap kesejahteraan fizikal dan mental.
Cinta jasmani mendorong seseorang sentiasa menjaga diri, menjaga kebersihan, mengambil pemakanan secara seimbang, mengambil berat terhadap keperluan pemakanan halal dan baik, merawat ketika sakit dan sentiasa berikhtiar untuk mencari ubat apabila menghidap penyakit.

Cinta diri bermakna mengambil berat terhadap keperluan untuk memajukan diri, menyedari terhadap potensi diri yang dimiliki, sentiasa berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan untuk kejayaan dan kecemerlangan diri.
Orang cinta diri sentiasa berusaha untuk meneroka dan mencari kebaikan untuk diri, mencari perkara yang berfaedah yang boleh mendatangkan manfaat masa depan.

Sentiasa mengambil berat dan benci terhadap apa jua perkara yang boleh menghalang diri untuk berjaya.
Menyemarakkan rasa cinta dalam kehidupan harian bererti kita sentiasa mengambil berat dan mewujudkan rasa hidup harmoni dan kasih sayang sesama insan.

Hidup bekerjasama dan tolong menolong merupakan cara terbaik untuk kita membuktikan cinta sesama insan. Firman Allah: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” - surah al-Imran :92.

Dalam satu hadis Rasulullah menegaskan: “Apabila seseorang muslim berjumpa sesama muslim dalam kesusahan lalu menolongnya dengan sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur seperti daun-daun berguguran daripada pohon yang ditiup angin. Maknanya seluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan” - hadis riwayat al-Tabrani.

Kerana itu, kita ditegah daripada bersifat sombong. Rasulullah mengingatkan bahawa: “Di hari akhirat kelak, nilai orang yang menyombong diri di sisi Allah tidak sampai nilainya seperti kepak seekor nyamuk” - Hadis riwayat Bukhari.

Nilai cinta yang paling tinggi adalah kecintaan kepada Allah dan Rasul. Untuk mencapai ke puncak cinta berkenaan tidak ada cara lain melain dengan cara meningkatkan ibadah kita seperti sembahyang, puasa, berzakat dan zikir serta berdoa.

Firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah Daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah amat pengampun, lagi maha Mengasihani” - surah al-Imran :31

Sumber: Kosmo!
                                                                                                           Sincerely me,

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Soorah Al Furqan 25:63 

Kejadian di Afrika Selatan pada 6 September 2010 ni dah dekat nak raya …

South Africa Isnin 6 September 2010: 


Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.

Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park , South Africa sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah.

Sumber: Oh Media
                                                                                                                         Sincerely me,
Related Posts with Thumbnails

My Entry Tags...

Tazkirah (39) Mine (25) Info (8) My Song (8) Cinta (6) Lawak (3) hobi (3) Masak (2) Movie Review (2)